Masjid Al-Abrar dahulunya dikenali sebagai Surau Al-Abrar. Bangunan Surau Al-Abrar ini telah dibina secara gotong-royong oleh penduduk setempat di kawasan sekitarnya di atas tanah yang berstatus WAKAF dengan berkeluasan 5863.89 meter persegi pada tahun 1995 dan telah siap dibina untuk digunakan pada tahun 1997.
Namun begitu, dengan pertambahan bilangan penduduk Islam dan jemaah yang menghadiri solat berjemaah di surau, maka Surau Al-Abrar telah mula melalui proses penambahan dari segi infrastruktur bangunan dan ruang dewan solat serta penambahbaikan prasarana dan fasilitis sedia ada bagi surau tersebut.
Maka pada tahun 2016, Surau Al-Abrar telah mendapat Pentauliahan Solat Jumaat dan seterusnya pada 2 tahun selepas itu iaitu tahun 2018, Surau Al-Abrar telah mendapat pengisytiharan untuk penaikan taraf Surau Al-Abrar kepada Masjid Al-Abrar.
Mengikut statistik bancian penduduk yang dilakukan bagi Taman Muhibbah Saleng mukim Senai ini, bahawa bilangan penduduk Islam dicatatkan hampir 6000 orang daripada jumlah sebenar penduduk di situ sebanyak 12,500 orang. Oleh hal yang demikian, dengan pengisytiharan tersebut, maka bilangan jemaah yang hadir bagi solat jemaah 5 waktu dan solat jumaat telah bertambah secara drastik dan bangunan asal Masjid Al-Abrar ini tidak lagi mampu untuk menampung jumlah bilangan penambahan jemaah yang hadir.
Setelah itu, maka pada tahun 2017, Masjid Al-Abrar telah menjalani bagi fasa yang pertama iaitu proses penambahan infastruktur bangunan tambahan dengan memerlukan perbelanjaan sebanyak RM60,000.00 dan bagi proses pembinaan ini ianya telah dibiayai sepenuhnya oleh Syarikat D'Harmoni.
Maka seterusnya pada tahun 2018, Masjid Al-Abrar telah menjalani bagi fasa yang kedua iaitu kerja-kerja pembinaan bangunan hadapan masjid. Kerja-kerja pembinaan yang dijalankan ini adalah merangkumi ruang serba guna, stor, dan bilik musafir. Kerja pembinaan ini telah dibina secara gotong-royong oleh penduduk setempat.
Di samping itu, dengan pembinaan tambahan di bahagian hadapan (Fasa kedua) yang mana ianya menempatkan mimbar dan penambahan ruang solat di bahagian belakang (Fasa pertama), maka bangunan asal Surau Al-Abrar perlu menjalani pengubahsuaian dan penambahbaikan bagi menjadikannya sebuah infrastruktur bangunan masjid yang sempurna dan selesa serta boleh menampung keperluan jumlah yang besar bilangan jemaah yang hadir terutamanya pada hari Solat Jumaat.


